Friday 26 November 2021

RUKUN NEGARA


       



                                                    
                                                          

                                                                                                                                 


MOHD FAISAL BIN MAT PESA


JAWATAN : KETUA JABATAN PENGAJIAN AM


EMAIL : mfaisal@pmm.edu.my


TEL : 06-263 6687





AHLI KUMPULAN



MUHAMMAD HAZRAN IMAN BIN MOHD ROHIR

14DPR21F1060



MUHAMMAD AIMAN BIN ZAINUDIN

14DPR21F1066



AMIR WAJDI BIN ROSLI

14DPR21F1072

                    

AMIRUL AFIQ BIN ALANAS
14DPR21F1064


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya trajedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.


Malaysia mempunyai cita - cita hendak:

         . Mencapai perpaduan di kalangan masyarakat 
          
         . Memelihara cara hidup demokratik

                              . Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati  secara adik dan saksama 

         . Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi - tradisi kebudayaan yang kaya
          dan berbagai  corak.
          
          .Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunaan sains dan teknologi     moden.


     Terdapat 5 prinsip rukun negara iaitu :



     KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Bangsa dan Negara telah diwuhudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan .Melalui kepercayaan beragama yang betul menjadikan bangsa dan negara sebagai suatu bangsa dan negara yang berdaulat.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam ialah agama rasmi Persekutuan,tetapi agama lain boleh diamalkan dengan tenteram di mana - mana bahagian dalam Persekutuab dan tindakan membezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedaria akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.

Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan Tuhan sendiri.
Terdapat beberapa contoh dalam berbilang kaum iaitu:-






Gambar diatas menunjukkan kaum Melayu ,berpegang kepada Agama Isalam dan percaya kepada kewujudan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad s. a.w.








Gambar diatas menunjukkan Kaum Cina ,mereka kepada Tuhan Kwan Kung,Tuhan Kwan Yim,Tuhan Jilalhut.Terdapat juga,kaum cina yang berpegang kepada agama lain seperti Agama Buddha, Agama Kristian,Agama Islam dan lain - lain.







Gambar diatas menunjukkan Kaum India ,mereka berpegang Agama Hindu dan percaya dengan kewujudan Tuhan Vinayagar,Tuhan krishna, dan banyak lagi tuhan yang mereka percaya.terdapat juga kaum india berpegang kepada agama buddha,islam dan kristian.


                   


                   KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA              

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai raja mengikut Perlembagaan,sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap Warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di -Pertuan agong.Di peringkat negeri pila,rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di -Pertuan Agong.


Contohnya :

1.Rakyat Malaysia berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh Semangat.

2.Hock Seng mengelakkan dieinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara.

3.Penduduk - penduduk kampung menyambut ketibaan pemimpin dengan meriah.













 KELUHURAN PELEMBAGAAN

             




Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima,mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara ialah sumber perundangan yang tertinggi.Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat Malaysia hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.Dengan demikian,ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana -mana individu atau mana -mana pihak.Perlembagaan ma;aysia menentukan pola politik dan kedudukan sosiekonomi rakyat Malaysia.Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan,perundangan,kedudukan dan sosioekonomi rakyat.



Contohnya:

1.Setiap rakyat yang setia perlu memahami dan menghormati isi kandungan,semangat serta latar belakang Perlembagaan Malaysia.

2.Kita juga boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.


KEDAULATAN UNDANG - UNDANG






Keadilan diasaskan atas keadaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada perlembagaan. Oleh itu, kedaulatan perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.Oleh itu, undang-undang negara menjamin institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,stabil dan makmur. Kewujudkan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggarkan undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

contoh: Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan 









Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Sikap bersopan santun patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sesebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh yang dapat menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya pelaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni


Contoh kesopanan dan kesusilaan ialah :

      1. Setiap orang dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila.
      2. Kita harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghindarkan diri                      daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensetif.










 Pengajaran

Secara keseluruhan terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai Rukun Negara. Antara pengajaran yang yang diperolehi, rakyat Malaysia harus ambil ikhtibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Malaysia. Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain. Setiap kaum perlu mempunyai
nilai dan budaya tersendiri serta unik. Justeru itu, mana-mana nilai yang positif lain seperti budaya bekerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang lagi berjaya.




6 comments:

  1. Isi nice, cuma kene cantikkan background

    ReplyDelete
  2. boleh buat ayat menjadi point supaya lebih menarik untuk dibaca

    ReplyDelete
  3. isi dah mantap , background perlu diupgrade sikit

    ReplyDelete
  4. Elok buat dalam bentuk isi supaya mudah difahami

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Mudah memahami x sakit mata sngat bila baca dlam gelap

    ReplyDelete